Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPDN Sri Aman sita diesel bersubsidi bernilai RM262,250 di Betong
  • JENAYAH

KPDN Sri Aman sita diesel bersubsidi bernilai RM262,250 di Betong

Utusan Sarawak 2 hours ago
KESELURUHAN nilai rampasan termasuk lori tanker tersebut dianggarkan berjumlah RM262,250. Foto KPDN Sri Aman

BETONG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sri Aman menerima satu kes serahan daripada Cawangan Risik Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 23 Sri Aman melibatkan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel di kawasan Betong.

Menurut kenyataan media KPDN Cawangan Sri Aman, hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan membawa kepada penyitaan sebuah lori tanker serta minyak diesel dianggarkan sebanyak 2,500 liter dengan nilai sekitar RM12,250.

Katanya, keseluruhan nilai rampasan termasuk lori tanker tersebut dianggarkan berjumlah RM262,250.

Susulan itu, KPDN Cawangan Sri Aman telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah akan melakukan kesalahan.

HASIL tindakan penguatkuasaan yang dijalankan membawa kepada penyitaan sebuah lori tanker serta minyak diesel dianggarkan sebanyak 2,500 liter dengan nilai sekitar RM12,250. Foto KPDN Sri Aman

Menurut kenyataan itu lagi, jika disabitkan kesalahan, pertubuhan perbadanan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kedua.

Bagi individu bukan pertubuhan perbadanan pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDN memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan tersebut termasuk sumber minyak diesel diperoleh serta rangkaian pengedaran yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, masyarakat turut dipohon supaya menjadi mata dan telinga kementerian dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan kegiatan haram berkenaan dapat dibanteras sehingga ke akar umbi demi mengelakkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh membuat aduan melalui Portal eAduan KPDN, menghubungi KPDN Sri Aman di talian 083-323836 atau menerusi WhatsApp Aduan Pengguna di talian 019-8488000.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga Indonesia dipenjara 12 bulan miliki 2,253 biji telur penyu secara haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.