Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KP JKOM sahkan perkhidmatan ditamatkan
  • NASIONAL

KP JKOM sahkan perkhidmatan ditamatkan

Utusan Sarawak 8 months ago
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman.

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sudah ditamatkan.

Mohd Khairuddin yang dilantik ke jawatan itu sejak 1 Mac lepas berkata beliau menerima surat penamatan jawatan itu semalam.

“Saya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan saya ingin move on,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat serta sebab penamatan perkhidmatannya di agensi itu. 

“Saya rasa kalau berkaitan kandungan surat elok kita rujuk kepada Kementerian (Komunikasi),” katanya.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti bendera Sabah, Sarawak 
Next: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal landa hampir semua negeri petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.