Korea Selatan,AS pantau Pyongyang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PANTAU SITUASI… Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memantau rapat situasi di Korea Utara dalam persiapan Korea Utara untuk perarakan tentera berskala besar sempena memperingati ulang tahun ke 75 penubuhan parti itu pada 10 Oktober. • Foto BERNAMA

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memantau rapat situasi di Korea Utara menjelang ulang tahun penubuhan Parti Pekerja yang berkuasa di negara itu, bulan depan.

Korea Utara sudah membuat persiapan untuk mengadakan perarakan tentera berskala besar sempena memperingati ulang tahun ke-75 penubuhan parti itu pada 10 Oktober.

Situasi itu menimbulkan spekulasi, Korea Utara mungkin menjadikan acara berkenaan untuk mempamerkan senjata baharu mereka, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai pada Selasa.

“Pihak berkuasa Korea Selatan dan AS sedang memantau keadaan itu,” kata jurucakap Ketua Turus Bersama Kolonel Kim Jun-rak dalam taklimat media namun, enggan mengulas lanjut.

Calon Menteri Pertahanan, Jeneral Suh Wook pada Isnin berkata setakat ini Korea Utara tidak menunjukkan sebarang persediaan untuk melancarkan peluru berpandu balistik kapal selam (SLBM) dalam waktu terdekat.- Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,