Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korban serangan Vienna meningkat
  • GLOBAL

Korban serangan Vienna meningkat

Utusan Sarawak 5 years ago

epa08793964 Austrian police arrives at the scene after a shooting near the 'Stadttempel' synagogue in Vienna, Austria, 02 November 2020. According to recent reports, at least one person is reported to have died and 3 are injured in what officials are treating as a terror attack. EPA-EFE/CHRISTIAN BRUNA

SEKUMPULAN anggota polis berkawal di sebuah bangunan teater selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Vienna malam semalam.• Foto AFP

VIENNA : Beberapa orang terbunuh dalam serangan di Vienna, dan sekurang-kurangnya seorang penyerang masih bebas, lapor agensi berita Sputnik.

“Malangnya, beberapa orang cedera, beberapa maut,” kata Menteri Dalam Negeri Austria Karl Nehammer kepada wartawan pada Selasa pagi. “Menurut maklumat kami, sekurang-kurangnya seorang penjenayah masih bebas,” tambah menteri itu.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa yang lain, termasuk seorang pegawai polis cedera parah dalam serangan pada Isnin di Vienna, yang dilakukan di enam lokasi berbeza, termasuk berhampiran rumah ibadat di pusat bandar.

Media Austria melaporkan sehingga tujuh orang terbunuh dalam serangan tersebut.

Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 15 yang cedera semuanya dimasukkan ke hospital, berikutan serangan di ibu negara Austria. Tujuh daripadanya mengalami kecederaan serius, kata Ludwig.

Canselor Austria Sebastian Kurz, serta Nehammer, menyebut serangan itu sebagai tindakan pengganas.

Harald Soros mengatakan di TV ORF 1 terdapat beberapa penyerang dan seorang daripadanya masih bebas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dua maut dalam serangan sambut Halloween
Next: BIDEN DAHULUI TRUMP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.