Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korban di Itali melonjak naik
  • GLOBAL

Korban di Itali melonjak naik

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR fail petugas kesihatan di Itali memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum merawat pesakit Covid-19 di hospital. • Foto AFP

ROME: Angka korban Covid-19 di Itali, semalam, mencatat lonjakan tertinggi dalam tempoh sejak 21 April lalu apabila ditambah dengan kematian di luar hospital yang tidak dikira sebelum ini.

Sebanyak 474 kematian dilaporkan perkhidmatan perlindungan awam, sekali gus menjadikan jumlahnya mencecah 28,710 mangsa di Kanada yang merupakan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS).

Angka itu termasuk 282 korban yang tidak dikira, bulan lalu, di mana rantau Lombardy di Milan memaklumkan bahawa ia sudah dilaporkan kepada perkhidmatan perlindungan awam, semalam.

Rantau utara itu merekodkan sebahagian besar kematian awal di Itali dan jumlahnya kini hanya kurang sedikit daripada separuh angka korban keseluruhan di negara ini.

Namun, jumlah korban sebenar di Itali dipercayai jauh lebih tinggi daripada angka rasmi kerana hanya sedikit kematian dilaporkan dalam masyarakat atau rumah jagaan.

Saringan kesihatan untuk Covid-19 lazimnya tiada dilakukan ke atas warga emas di rumah jagaan, dan bilangan orang yang meninggal dunia akibat wabak itu di tempat berkenaan adalah tidak diketahui. – AFP

Continue Reading

Previous: PM Rusia positif Covid-19
Next: FDA lulus penggunaan Remdesivir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.