Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar pantai timur Pulau Utara New Zealand – GFZ

Facebook
WhatsApp
Foto hiasan.

BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda kawasan pantai timur Pulau Utara, New Zealand pada 8.35 pagi GMT pada Ahad, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor  Xinhua. 

Pusat gempa dengan kedalaman 10.0 kilometer itu pada mulanya ditentukan berada pada kedudukan 37.82 darjah selatan latitud dan 178.59 darjah timur longitud. – Bernama