Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kongsi keberkatan Ramadan
  • WILAYAH

Kongsi keberkatan Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
CERIA… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merakam kenangan bersama yang lain pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Komuniti Melayu di Miri, kelmarin. -Foto UKAS

MIRI: Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Komuniti Melayu menjadi platform mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama pemimpin komuniti Melayu hadir memeriahkan majlis itu kelmarin.

Sebagai tanda penghargaan, beliau turut menyampaikan kurma kepada para hadirin, melambangkan keberkatan dan semangat berkongsi kegembiraan pada Ramadan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama serta perayaan seperti Aidilfitri bukan hanya untuk umat Islam, tetapi turut diraikan bersama oleh seluruh rakyat.

“Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin komuniti, malah mampu memperkukuh perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menghargai sumbangan pemimpin komuniti dalam pembangunan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian sosial terus terpelihara.

OLEH ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Perkukuh semangat perpaduan, amalan kongsi rezeki
Next: BPHB terus salur bantuan kepada komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.