Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria ke-21 himpunkan 1,200 peserta dari lebih 58 negara
  • SEMASA

Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria ke-21 himpunkan 1,200 peserta dari lebih 58 negara

Utusan Sarawak 8 months ago
SAKSI… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan pemeteraian MOU untuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara Asian Alliance of Societies for Tropical Medicine and Parasitology pada Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria ke-21 di BCCK, hari ini.

PETRA JAYA: Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria ke-21 yang bertemakan ‘Tindak Balas Global dan Penyelidikan Antara Disiplin Ke Arah Menghapuskan Penyakit Tropika’ berjaya menghimpunkan 1,200 peserta dari lebih 58 negara.

Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan kongres seumpama itu.

Kongres ini dianjurkan bersama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Perubatan Tropika dan berjalan serentak dengan Persidangan Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia ke-60 dan Kongres Perubatan Tropika dan Parasitologi ASEAN ke-10. 

Ia disokong oleh Majlis Pembangunan Penyelidikan Sarawak (SRDC); Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Business Events Sarawak ( BEsarawak) dan Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB).

Kongres itu dirasmikan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Presiden Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia (MSTPM), Profesor Madya Dr Lucas Low Van Lun berkata, antara yang turut serta dalam kongres itu termasuk saintis, doktor, sektor industri, penggubal dasar dan pihak berkuasa antarabangsa yang akan meluangkan masa selama lima hari bermula hari ini hingga 23 September ini untuk bertemu dan membincangkan topik semasa seperti penyakit terabai, rintangan dadah, perubatan perjalanan dan zoonosis (penyakit dan jangkitan yang disebarkan antara haiwan dan manusia).

“Salah satu objektif utama kongres ini adalah untuk menangani pembasmian penyakit tropika, seperti malaria dan penyakit tropika lain yang merupakan bahagian penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan umur untuk semua,” katanya.

Kongres ini juga meraikan ulang tahun ke-60 Jubli Intan Persatuan Parasitologi Malaysia. 

Selama enam dekad, masyarakat telah menjadi penggerak dalam penyelidikan, Pendidikan dan kesihatan awam dalam parasitologi di Malaysia dan dunia.

Hasil penting kongres ini ialah pemeteraian MOU untuk kerjasama akademik dan penyelidikan antara Asian Alliance of Societies for Tropical Medicine and Parasitology.

Antara yang terlibat ialah Persatuan Kemajuan Parasitologi Veterinar India (IAAVP), Persatuan Parasitologi India (ISP), Persatuan Kawalan Penyakit Parasit Indonesia (IPDCA), Persatuan Pakar Perubatan Indonesia dalam Parasitologi Klinikal ( IAMCP), Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia (MSPTM), Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC), Persatuan Parasitologi Filipina, Inc. (PSP), Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Korea (KSP), Persatuan Parasitologi Taiwan (TSP), Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Thailand (PTAT), Persatuan Penyakit Berjangkit Vietnam (VSID) bersatu di bawah Perikatan Persatuan Perubatan Tropika dan Parasitologi Asia.

Oleh Nur Ain Otsman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UTS, GRM meterai MoU pertingkat usaha bidang pendigitalan dalam pendidikan
Next: Pindaan Ordinan Buruh Sarawak dibentang di Parlimen akhir tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.