Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Konflik sempadan, India masih berunding dengan China
  • GLOBAL

Konflik sempadan, India masih berunding dengan China

Utusan Sarawak 5 years ago
CHINA dan India baru-baru ini mencapai kesepakatan untuk menangani pertikaian di barat sempadan China-India itu dengan berhemah. • Foto BERNAMA

NEW DELHI: India masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu sempadan di wilayah Himalaya Ladakh, lapor agensi berita Anadolu.

“Dalam rundingan 6 Jun lalu telah dipersetujui penyelesaian awal masalah itu berdasarkan nasihat pemimpin kami,” kata jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava pada Khamis.

“Kedua-dua pihak berusaha untuk menyelesaikan isu itu secara aman dengan secepat mungkin bagi memastikan keamanan dan ketenangan di kawasan sempadan,” tambah beliau.

Media tempatan melaporkan delegasi tentera kedua-dua negara mengadakan pertemuan kali keempat pada Rabu.

Pada Rabu juga, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying memberitahu wartawan kesepakatan penting telah dicapai.

“Melalui saluran diplomatik dan ketenteraan, China dan India baru-baru ini mencapai kesepakatan untuk menangani pertikaian di barat sempadan China-India itu dengan berhemah,” katanya.

Pada 5 Mei berlaku pertempuran di sempadan apabila kedua-dua pihak mula mengambil langkah ketenteraan. – Bernama

Continue Reading

Previous: British Airways jual koleksi seni untuk dapatkan dana
Next: Donald Trump mulakan kempen pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.