Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks UNIFOR cerminan dasar inklusif KM
  • TEMPATAN

Kompleks UNIFOR cerminan dasar inklusif KM

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menunjukkan ilustrasi pembinaan kompleks UNIFOR pada lawatan kerja ke tapak projek Kompleks UNIFOR, di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching semalam.

KUCHING:  Pembinaan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jalan Ong Tiang Swee di sini merupakan cerminan dasar inklusif Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri bertanggungjawab menjaga UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri bukan sahaja menyediakan tapak seluas 1.2 hektar tetapi turut memberikan geran sebanyak RM70 juta untuk menampung kos pembinaannya.

“Upacara pecah tanah bangunan kompleks setinggi 10 tingkat ini dijangka diadakan pada September nanti.

“Kompleks ini juga akan mempunyai pusat konvensyen dua tingkat serta bangunan hijau yang mempunyai teknologi pintar termasuk stesen pengisian kenderaan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks UNIFOR, di Jalan Ong Tiang Swee, di sini semalam.

Menurutnya, jawatankuasa menyerahkan rancangan pembinaan bangunan tersebut kepada kerajaan untuk persetujuan.

“Bagi pihak semua agama bukan Islam di negeri ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abang Johari atas kemurahan hati dan keprihatinannya yang mendalam terhadap kita.

“Pembinaan kompleks ini merupakan tonggak lain untuk UNIFOR dan kita sebagai jawatankuasa sangat menghargai inklusif ini,” ujarnya.

Sebelum tiba di lokasi, Uggah dan rombongannya diberikan penerangan mengenai rancangan bangunan oleh arkiteknya, David Ong.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Wilayah, Datuk Roland Sagah, Ahli Dewan Undangan Tellian, Yussibnosh Balo, Pengarah UNIFOR, Richard Lon dan setiausaha politik Ketua Menteri, Dr Richard Rapu.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: ADUN Demak Laut terima 12 ekor lembu
Next: Nama, nombor telefon permudah penjejakan kontak Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.