Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks Sukan Bintangor perlu dipertingkatkan
  • TEMPATAN

Kompleks Sukan Bintangor perlu dipertingkatkan

Utusan Sarawak 2 years ago

Atas permintaan Ding, Rentap memberitahu bahawa beliau akan pergi ke Meradong dan melawat kompleks sukan itu.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mempelawa Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu melihat sendiri keadaan trek larian Kompleks Sukan Bintagor yang usang.

Ding, semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini, mengemukakan keperluan untuk menaik taraf segera kemudahan sukan di Kompleks Sukan Bintagor sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Rentap berkata , kementeriannya telah mengemukakan projek bernilai RM60 juta untuk naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan sedia ada untuk semua kemudahan sukan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), yang berhasrat untuk menaik taraf dan membaik pulih kemudahan sukan di setiap bahagian termasuk Meradong.

“Kementerian saya akan mengemukakan semula cadangan ini semasa Kajian Separuh Penggal selaras dengan cadangan di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk kelulusan, memandangkan kementerian juga mengambil berat untuk menyediakan kemudahan yang selamat, kondusif dan standard kepada awam,” katanya.

Jelas sekali tidak berpuas hati dengan jawapan Rentap, Ding berkata, sebelum membentangkan dua soalan tambahannya, dia telah diberi jawapan yang sama beberapa kali.

“Saya minta maaf, YB Timbalan Menteri. Saya rasa jawapan ini sudah (diberitahu) beberapa kali.

“Sekiranya anda ke Meradong, saya akan tunjukkan tempat itu kepada dan barulah anda akan sedar betapa teruknya keadaan (trek larian),” kata Ding.

Atas permintaan Ding, Rentap memberitahu bahawa beliau akan pergi ke Meradong dan melawat kompleks sukan itu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: RCBC salur sumbangan kepada 152 klinik pedalaman
Next: Peruntukan RM80 juta bina baharu Loji Rawatan Air Daerah Song

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.