Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited bantu promosi pelancongan Sarawak
  • TEMPATAN

Komited bantu promosi pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Snowdan Lawan bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Program Kajian Lapangan Pembangunan Produk mPelancongan di Depo Balai Ringin, baru-baru ini.

BALAI RINGIN: Kerajaan Sarawak komited menjadikan bidang pelancongan sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi rakyat negeri ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, hal ini kerana Kerajaan Negeri juga mahu mempromosikan Sarawak sebagai destinasi yang mesti dilawati dan menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelancong.

“Kerajaan Negeri komited untuk meneroka pelancongan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sosio-ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi penduduk tempatan.

“Justeru, adalah tepat program Kajian Lapangan Pembangunan Produk Pelancong dilaksanakan untuk memberi faedah kepada penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutupan Program Kajian Lapangan Pembangunan Produk Pelancongan di Depo Balai Ringin, baru-baru ini.

Tambahnya, projek ini adalah inisiatif dari Kerajaan Sarawak di bawah program Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) yang melibatkan Pejabat Residen Samarahan, UNIMAS dan UiTM yang bertujuan untuk menerajui dan meningkatkan pembangunan di Bahagian Samarahan, termasuk Balai Ringin.

“Kajian lapangan pembangunan produk pelancong dilaksanakan untuk mengenal pasti produk pelancongan yang sedia ada dan berpotensi untuk dibangunkan di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin itu menambah, program pembangunan pelancongan itu akan meningkatkan pertumbuhan dan pendapatan ekonomi masyarakat di kawasan Balai Ringin.

“Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada kesejahteraan rakyat dan sentiasa menggalakkan pelaburan dan pembabitan masyarakat yang dapat menjana peluang kerja baharu dan pendapatan yang tinggi kepada rakyat.

“Kita akan terus menyokong dan menggalakkan komuniti tempatan untuk menceburi diri dalam bidang pelancongan bagi menarik kedatangan pelawat dari seluruh dunia,” jelasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: S’wak berdaya saing tinggi dalam industri tenaga
Next: Manfaatkan Pustaka Negeri S’wak Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.