Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Komet ‘abad ini’ boleh dilihat antara 12 hingga 30 Oktober
  • GLOBAL

Komet ‘abad ini’ boleh dilihat antara 12 hingga 30 Oktober

Utusan Sarawak 7 months ago

Komet A3 (Tsuchinshan-ATLAS) dapat dilihat dengan mata kasar pada 12 Oktober. - Foto Matthew Dominick/Nasa.

LONDON: Sebuah komet yang kali terakhir kelihatan dari Bumi ketika Neanderthal (manusia purba) masih hidup mungkin boleh dilihat dengan mata kasar hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik saintis.

Komet A3 (Tsuchinshan-ATLAS) telah digelar sebagai “komet abad ini” kerana betapa terang dan jelas ia mungkin kelihatan, menurut Royal Astronomical Society (RAS).

Ahli astronomi berkata komet itu kali terakhir kelihatan dari Bumi kira-kira 80,000 tahun yang lalu dan hanya ditemui pada Januari 2023.

Menurut persatuan itu, peminat astronomi di hemisfera selatan sudah pun melihat Komet A3, tetapi kini ia juga boleh dilihat di hemisfera utara.

Antara 12 hingga 30 Oktober, orang ramai mungkin dapat melihat komet itu menggunakan teropong atau pun dengan mata kasar.

Dalam video di laman sesawang persatuan itu, timbalan pengarah Dr Robert Massey berkata mengambil gambar komet itu mungkin boleh dilakukan, terutamanya jika menggunakan  kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Menurut RAS, komet itu berasal dari Awan Oort yang mengelilingi sistem suria dan mengandungi berbilion objek termasuk komet.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Filipina tahan ketua sindiket penipuan terbesar dari China
Next: Mayat pendaki Everest dipercayai ditemui selepas 100 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.