Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kolej Komuniti Kuching perkasa pelajar OKU dalam bidang jahitan, fesyen
  • PENDIDIKAN

Kolej Komuniti Kuching perkasa pelajar OKU dalam bidang jahitan, fesyen

Utusan Sarawak 3 hours ago
TERUJA…Para pelajar bergambar bersama tenaga pengajar sambil menunjukkan hasil jahitan Baju Melayu Teluk Belanga masing-masing.

KUCHING: Kolej Komuniti Kuching (KKKG) terus komited memperkasa kebolehpasaran graduan Sijil Khas Jahitan Kreatif (KJT) dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memastikan mereka mampu menembusi pasaran kerjaya dalam bidang jahitan dan fesyen.

Usaha itu dilaksanakan menerusi Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan yang memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran teknikal serta keyakinan diri pelajar dalam mendepani cabaran dunia pekerjaan.

Sehubungan itu, kursus penghasilan Baju Melayu Teluk Belanga telah dianjurkan selama dua hari bermula Selasa hingga semalam (29 April) di Bengkel KJT, Kolej Komuniti Kuching.

TELITI…Tenaga pengajar menunjukkan cara membuat pola baju dengan tepat kepada pelajar.

Sepanjang program, pelajar didedahkan dengan pelbagai modul kemahiran termasuk pengenalan asas, pemotongan pola, teknik jahitan, proses kemasan, ‘fitting’ serta sesi peragaan hasil akhir.

Pengarah Program yang juga Pegawai Perhubungan Latihan Industri dan Alumni KKKG, Esuryati Kamarudin berkata, kursus berkenaan penting dalam membantu pelajar mengukuhkan kemahiran praktikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

FOKUS…Peserta tekun menyiapkan jahitan Baju Melayu Teluk Belanga dengan bimbingan tenaga pengajar.

Menurutnya, latihan itu dirangka selaras dengan usaha institusi memperkasa kebolehpasaran graduan melalui pendekatan intervensi berfokus, khususnya kepada pelajar berkeperluan khas agar lebih bersedia dan berdaya saing dalam industri.

Sementara itu, tenaga pengajar jemputan, Suhana Mail dari D.S.U Sue Suhana Enterprise berkongsi pelbagai tip serta inovasi jahitan bagi memudahkan pemahaman pelajar, terutama dalam penghasilan pola dan jahitan Baju Melayu Teluk Belanga.

BIMBINGAN…Tenaga pengajar menunjukkan teknik membuat pola sambil diperhatikan pelajar.

Beliau berkata, penggunaan kaedah yang lebih mudah difahami membantu pelajar menghasilkan pakaian dengan kualiti jahitan yang kemas.

Dalam pada itu, peserta Wan Hibri Abdullah berkata kursus berkenaan memberi peluang kepadanya mempelajari cara membuat pola baju serta asas jahitan yang mudah diikuti dan berguna semasa menjalani latihan industri kelak.

Program tersebut dilihat sebagai persediaan awal kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri yang dijadualkan bermula Jun 2026, sekali gus membantu mereka menyesuaikan diri dengan keperluan sebenar industri jahitan dan fesyen.

Continue Reading

Previous: Belia perlu dilengkapi ilmu, kemahiran dan kepimpinan hadapi dunia mencabar 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.