Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KMKK perlu proaktif demi kemajuan kampung
  • TEMPATAN

KMKK perlu proaktif demi kemajuan kampung

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH SUMBANGAN… Pihak Yayasan Jaznan menyerahkan sumbangan kepada Datuk Amar Jamilah Anu untuk tujuan baik pulih dan membeli peralatan lampu dalam Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem.

LUNDU: Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat (KMKK) harus lebih proaktif untuk kemajuan kampung dan daerah Lundu, gesa Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Maal Hijrah 1442Hijrah di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem, Khamis lalu.

Dengan tema Maal Hijrah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni, Majlis telah berlangsung dalam suasana yang amat ringkas dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jamilah berkata bersempena tahun baru dan azam  baharu ini,  KMKKdisarankan supaya lebih bekerjasama dengan masyarakat sekitar  bagi menjaga kampung masing-masing.

“Hal ini juga adalah bagi memastikan keperluan dan kehendak yang perlu diutamakan untuk pembangunan yang menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata kini Lundu sudah menjadi tumpuan pengunjung pada setiap hujung minggu.

“Setiap KMKK harus memastikan kampung masing-masing bersih dan memberi input tentang bagaimana untuk memajukan lagi kampung-kampung dengan kerjasama erat antara Pemanca, Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu,” ujar Jamilah.

Pada majlis sama, sejumlah RM15,000 telah disumbangkan oleh pihak Yayasan Jaznan untuk tujuan baik pulih dan membeli peralatan lampu dalam Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem.

Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) fasa ke-3 iaitu sejumlah RM5, 000 turut disumbangkan kepada  persatuan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Islam N3 Tanjong Datu.

Sempena Maal Hijrah ini juga Pihak Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu juga turut menyumbang RM2,000 untuk Surau SK Siar.

Jamilah juga menjanjikan akan memperuntukkan RM90,000 untuk diberikan kepada semua 60 JKKK Kampung di N3 Tanjong Datu untuk tujuan kecerian, penyelenggaraaan dewan dan surau ataupun masjid di kampung- kampung berkenaan.

Majlis yang di mulai dengan tazqirah dari Ustaz Azmi Bin Ashaari turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim,Pemanca Bentani Suni dan KMKK Islam Daerah Lundu.

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.