Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK Islam Sri Aman hulur sumbangan mangsa banjir
  • Selatan
  • WILAYAH

KMKK Islam Sri Aman hulur sumbangan mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
SUMBANGAN… Temenggung Mohamad Shah Achang dan Pemanca Abang Norin Abang Norudin menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman, hari ini.

SIMANGGANG: Jawatankuasa kebajikan dan sosial Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Islam Bahagian Sri Aman telah tampil menyampaikan sumbangan dalam misi membantu mangsa banjir.

Sumbangan berupa bakul makanan tersebut disampaikan oleh Temenggung Mohamad Shah Achang kepada Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, hari ini.

Menurut Pemanca Abang Norin Abang Norudin berkata Jawatankuasa kebajikan dan sosial KMKK Islam Bahagian Sri Aman tidak ketinggalan untuk bersama-sama membantu menyampaikan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya di Bahagian Sri Aman dan Bintulu yang akan dihantar oleh Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman.

“Walaupun bantuan yang dihulurkan ini tidaklah banyak tetapi saya berharap ia dapat membantu meringankan bebanan mangsa terjejas banjir di beberapa daerah yang terjejas banjir di negeri ini,” katanya.

Abang Norin berkata, pihaknya turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa bencana alam yang telah melanda negeri ini masa kini terutamanya melibatkan mangsa banjir, tanah runtuh dan kebakaran.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan bantuan sesuai sampai kepada semua mangsa yang terjejas dengan segera.

Dalam pada itu, Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman telah memulakan kempen kutipan sumbangan barangan keperluan mangsa banjir sejak minggu lalu. Kesemua barangan kutipan ini akan ditempatkan di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Percepatkan projek naik taraf sistem perparitan
Next: Gotong-royong baik pulih jambatan Kampung Debak Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.