Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KM Pulau Pinang difitnah, laporan polis dibuat
  • NASIONAL

KM Pulau Pinang difitnah, laporan polis dibuat

Utusan Sarawak 5 years ago

GEORGE TOWN, 18 April -- Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Teh Lai Heng menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini terhadap kenyataan seorang pemilik laman sosial Facebook yang berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

GEORGE TOWN: Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana dikatakan menfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerusi catatan di laman media sosial itu.

Setiausaha politik Ketua Menteri Teh Lai Heng berkata, Jumaat lepas kira-kira jam 7.45 malam, pemilik akaun Facebook ‘Nik Nasrul’ telah menerbitkan satu gambar Chow dan memetik kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan Malaysia bagi warga China serta Hong Kong, dan kerajaan persekutuan tidak seharusnya campur tangan.

Teh berkata, catatan Facebook itu merupakan satu fitnah terhadap Chow, kerana ketua menteri itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang sedemikian.

“(Chow,) sebagai Ketu Menteri Pulau Pinang dan rakyat Malaysia, menghormati serta menjunjung perlembagaan negara berhubung isu kewarganegaraan, yang terletak di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan, dan bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis di balai polis Jalan Patani di sini semalam. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Gelandangan diberi makanan percuma, kit kebersihan
Next: Waktu operasi mesin ATM 8 pagi – 8 malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.