Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kluster Stutong ‘igauan ngeri’ peniaga
  • TEMPATAN

Kluster Stutong ‘igauan ngeri’ peniaga

Utusan Sarawak 5 years ago
ROY Regon melihat keadaan sayur-sayuran di gerainya di Medan Niaga Satok, Kubah Ria.

KUCHING: Kluster Stutong menjadi igauan ngeri para peniaga di Medan Niaga Satok, Kubah Ria.

Mana tidaknya, jika para peniaga di sini terkena nasib yang sama, sukar untuk mereka mencari rezeki ekoran diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Roy Regon, 39, memberitahu dia amat takut dan risau seandainya perniagaan miliknya di Medan Niaga Satok, Kubah Ria terpaksa tutup jika wujudnya kluster di sini.

“Kalau di sini tutup, saya tidak akan ada perniagaan lagi dan di sini sahaja sumber rezeki saya sekeluarga.

“Keadaan ekonomi sekarang amat membimbangkan dan sukar untuk mencari makan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Bobby Kimiliang berharap pihak berkuasa kerap melakukan pembasmian kuman di sini disebabkan jumlah pelanggan yang datang ke sini sangat ramai.

“Pembasmian kuman perlu dilakukan supaya virus ini tidak merebak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika wujud kluster di medan niaga ini, maka perniagaan mereka terpaksa lingkup.

“Kami baru sahaja sebulan dibenarkan berniaga dan ini sahaja sumber pendapatan kami.

“Saya harap, orang awam peka dengan keadaan ini dan elak membawa warga emas dan kanak-kanak ke sini,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: 18 keluarga tinggal sehelai sepinggang
Next: Chee Kadir, PPD komited jalin kerjasama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.