Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Klopp: Messi tiada peluang ke Anfield
  • SUKAN

Klopp: Messi tiada peluang ke Anfield

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on August 14, 2020 Barcelona's Argentinian forward Lionel Messi reacts at the end of the UEFA Champions League quarter-final football match between Barcelona and Bayern Munich at the Luz stadium in Lisbon. - Six-time Ballon d'Or winner Lionel Messi told Barcelona he wants to leave -- on a free transfer -- in a "bombshell" fax yesterday that is expected to spark a legal battle over a buy-out clause worth hundreds of millions of dollars. (Photo by Rafael Marchante / AFP)

MAHU PINDAH… Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi menyatakan hasrat meninggalkan Barcelona yang akan mencetuskan pedebatan undang-undang mengenai klausa pembelian bernilai ratusan juta dolar bintang tersebut. • Foto AFP

JURGEN Klopp berkata ‘tiada peluang’ untuk Liverpool menandatangani Lionel Messi namun pengendali Jerman itu mengakui kehadiran bintang Barcelona itu akan merancakkan lagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Messi menyatakan hasrat untuk meninggalkan gergasi Sepanyol itu selepas kecewa dengan masalah yang dihadapi kelab itu di dalam mahupun di luar padang.

Penyerang Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, di mana dia akan dapat bergandingan dengan bekas pengendali Barca, Pep Guardiola.

Paris Saint-Germain, Inter Milan dan Juventus juga disebut-sebut menyatakan minat untuk menadatangani Messi jika dia berhasrat untuk meninggalkan dari Camp Nou.

Klopp mendedahkan dia mahu memiliki pemain itu tetapi berpendapat Messi tidak akan ke Anfield.

“Berminat? Siapa yang tidak mahukan Messi dalam pasukan mereka? Tetapi mungkin tidak untuk Liverpool,” kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

Liverpool menamatkan  saingan Liga perdana,18 mata di hadapan City yang berada di kedudukan kedua musim lalu ketika mereka memenangi gelaran tersebut buat pertama kalinya sejak 1990.

Klopp memberi amaran peluang Liverpool untuk mengekalkan gelaran berdepan ancaman serius jika Manchester City berjaya mendapatkan Lionel Messi.

City hampir mencapai persetujuan terma bayaran £1.4 juta seminggu (RM7.79 juta) dengan superstar Barcelona itu termasuk gaji, yuran, bonus, hak imej dan masih berpeluang membawanya keluar dari Camp Nou.

Namum bekas pengendali Borussia Dortmund itu percaya akan terdapat perebutan gelaran kejuaraan dalam kancah bola sepak Inggeris dengan kehadiran antara pemain terbaik dunia itu dalam Liga Perdana Inggeris.

“Ini jelas akan membantu Manchester City dan menjadikannya lebih sukar untuk mengalahkan mereka,” kata Klopp.

“Untuk Liga Perdana Inggeris,ia pasti hebat, tetapi saya tidak pasti Liga Perdana memerlukan peningkatan itu.

“Pemain yang baik, jujur! Menarik juga untuk dilihat. Messi tidak pernah bermain di liga lain, selain dari Sepanyol.

“Sebenarnya, saya ingin melihatnya tetapi saya tidak pasti akan melakukannya.” -AFP

Continue Reading

Previous: PSG rakam penghargaan buat Silva
Next: Djokovic, Raonic berentap di final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.