Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Klinik Kesihatan Jalan Lanang tangguh operasi pagi
  • Tengah
  • WILAYAH

Klinik Kesihatan Jalan Lanang tangguh operasi pagi

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN di sekitar Klinik Kesihatan Jalan Lanang selepas dilanda banjir, baru-baru ini. Foto Klinik Kesihatan Jalan Lanang

SIBU: Operasi Klinik Kesihatan Jalan Lanang pada sebelah pagi akan ditangguhkan esok.

Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu menerusi kenyataannya memberitahu, penangguhan itu adalah bagi membolehkan aktiviti-aktiviti pembersihan dan pemeriksaan keselamatan penggunaan sistem elektrik di klinik tersebut selepas dilanda banjir.

Bagaimanapun, klinik tersebut akan beroperasi pada sebelah petang untuk Perkhidmatan Pesakit Luar, iaitu janji temu dengan pegawai perubatan dan perkhidmatan farmasi untuk pengambilan bekalan ubat.

KEADAAN dalam Klinik Kesihatan Jalan Lanang selepas dilanda banjir, baru-baru ini. Foto Klinik Kesihatan Jalan Lanang

Perkhidmatan vaksinasi, ujian makmal, perkhidmatan X-ray, fisioterapi dan cara kerja serta Perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak ditangguhkan sepenuhnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta untuk menghubungi talian 084215433 atau Jabatan Pesakit Luar (0193436601/084210742) dan Klinik Ibu dan Anak (0198859601)

Selain itu, sebarang perubahan akan tertakluk kepada keadaan cuaca semasa dalam masa terdekat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak mudahkan pergerakan penduduk
Next: Jambatan Sebauh kini siap 64.94 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.