KKM syor guna pelitup muka N95 ketika jerebu

Facebook
WhatsApp
PILIHAN LEBIH BERKESAN... Pelitup muka N95 mampu menapis hampir 95 peratus partikel daripada udara berjerebu serta memberikan perlindungan lebih baik berbanding pelitup muka biasa tiga lapis.

MIRI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan orang ramai menggunakan pelitup muka jenis N95 ketika berada di luar dalam keadaan jerebu.

Menurut KKM menerusi hantaran di laman Facebooknya, pelitup muka N95 mampu menapis hampir 95 peratus partikel daripada udara berjerebu serta melekap lebih kemas pada muka.

Sebaliknya, pelitup muka biasa tiga lapis (3-ply) kurang berkesan dalam menapis partikel halus jerebu kerana tidak direka untuk melekap rapat pada muka.

KKM turut memaklumkan bahawa kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) meningkat 124 peratus kepada 3,674 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-33 berbanding 1,637 kes pada minggu sebelumnya.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar, manakala golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil dan warga emas perlu diberi perhatian khusus.

Oleh Liong Chai Ling