Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
  • NASIONAL

KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki

Utusan Sarawak 11 months ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni (tengah) ketika merasmikan Persidangan Bersama Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-27, hari ini. Turut sama (dari kiri) Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Dr Nor’Aishah Abu Bakar, Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Muhammad Radzi, Pengarah Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Devi K Saravana Muthu dan Ketua Pegawai Jururawat Singapura Pauline Koh. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi serta peralatan perubatan moden ketika ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pada masa ini jumlah jururawat lelaki hanya 2,823 orang iaitu empat peratus daripada 70,653 jururawat yang ada di KKM.

“Industri kejururawatan di Malaysia sememangnya didominasi oleh wanita. Penglibatan lelaki agak kurang mungkin kerana mereka tidak lihat terdapat peluang pekerjaan yang luas dalam sektor kejururawatan.

“Proses pemodenan dan banyak peralatan perubatan juga perlukan penglibatan jururawat lelaki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bersama Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-27 di sini hari ini.

Beliau berkata stigma bidang kejururawatan hanya untuk golongan wanita perlu dihapuskan kerana perkhidmatan jururawat lelaki amat diperlukan ketika ini.

“Di negara maju dan negara jiran, kita dapat lihat keperluan jururawat lelaki itu ada dan banyak. Dalam sektor kejururawatan di negara majoriti penduduk Islam, perkhidmatan jururawat lelaki ini amat diperlukan,” katanya.

Ditanya sekiranya diwujudkan pengambilan khas jururawat lelaki, Lukanisman berkata pengambilan khas berkenaan tidak akan diadakan, sebaliknya KKM akan meningkatkan usaha bagi menarik minat golongan lelaki menyertai sektor kejururawatan.

“Kita kena lihat pengambilan jururawat berdasarkan meritokrasi dan juga minat tetapi kita akan lebih ke arah untuk menguar-uarkan daripada peringkat sekolah lagi bahawa industri ini terbuka dan tidak bias gender,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata 168 jururawat luar negara telah diluluskan untuk berkhidmat di hospital dan klinik swasta di seluruh negara ketika ini.

“Mereka sedang melalui proses Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan setelah selesai, mereka dibenarkan berkhidmat,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Rang Undang-Undang Keselamatan Siber diwarta pada suku ketiga 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.