Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KKM keluar kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat
  • NASIONAL

KKM keluar kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kiri) menyerahkan anugerah ‘CRM Leadership Award’ kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (dua, kanan) pada program ‘CRM Trial Connect 2024’ hari ini. Turut bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM), Dr Akhmal Yusof (kanan). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“KKM akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Agensi Ubat Eropah (EMA) dalam kenyataan awamnya pada 27 Mac 2024 memaklumkan Suruhanjaya Eropah (EC) menarik balik kebenaran pemasaran untuk vaksin dinamakan Vaxzevria, keluaran AstraZeneca di Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh yang sama.

Menurut EMA, penarikan balik itu adalah atas permintaan pemegang kebenaran pemasaran, AstraZeneca AB yang memberitahu suruhanjaya berkenaan tentang keputusannya untuk menghentikan pemasaran produk secara kekal atas sebab-sebab komersial.

Vaxzevria telah diberikan kebenaran pemasaran bersyarat di EU pada 29 Januari 2021, untuk imunisasi aktif terhadap Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: 282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Next: Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.