Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kita akan bantu – Annuar
  • TEMPATAN

Kita akan bantu – Annuar

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK… Dr. Annuar Rapa’ee (tiga, tengah, kiri), Dr. Les Met (dua, kanan) dan yang lain melakukan simbolik pelancaran ‘Outreach Programme for Sarawak Dual Language Programme (DLP) Sarawak’ di Hotel Kingwood, semalam.

SIBU: Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) akan terus membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan para guru bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di negeri ini.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, beliau komited untuk membantu dan akan berjuang untuk apa sahaja peruntukan yang diperlukan oleh para guru dan JPN Sarawak bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program ini.

“Sangat penting untuk kita memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, tidak ada cara lain selain kerjasama dan komitmen daripada para guru dan pegawai dari Jabatan Pendidikan.

“Kami mahu membantu semua guru dan sekolah dalam menyediakan cara terbaik untuk mengajar. Saya bukan seorang guru, tetapi saya memerlukan banyak input dan maklum balas daripada guru-guru semua.

“Jika para guru dan murid memerlukan apa-apa peralatan pembelajaran dan pengajaran tambahan, cari atau datanglah berjumpa dengan saya dan sudah tentu kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran ‘Outreach Programme for Sarawak Dual Language Programme (DLP) Sarawak’ di Hotel Kingwood, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan PPSMI di negeri ini melibatkan seramai 27,931 murid Tahun Satu di 1,034 buah sekolah rendah di seluruh Sarawak.

Katanya, Kerajaan Sarawak telah bersetuju melaksanakan program ini pada tahun lepas dan telah bersetuju untuk menaja kira-kira RM10 hingga RM11 juta bagi menyediakan semua keperluan untuk program ini.

“Ramai pihak berpandangan pesimis terhadap pelaksanaan program ini, tapi kita di Sarawak harus membuktikan kepada mereka bahawa tanggapan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah tidak betul, adalah silap sama sekali.

“Sebab itu saya menyeru semua guru dan jabatan yang terlibat dalam program ini supaya berkerjasama dengan kami dan apa yang kamu perlukan akan kami cuba bantu,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri, Dr Les Met mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Abang Mat Ali Abang Masagus dan tetamu kehormat yang lain.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Program Tautan Kasih Tanjong Datu kembali ‘berambeh’
Next: Jalan Ulu Suai dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.