Pelancaran manifesto GPS

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Konvensyen Borneo Kuching(BCCK) bagi Majlis Pelancaran Manifesto GPS sempena Pilihan Raya Umum ke-15 sebentar tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Kira-kira lebih 1,000 jentera parti GPS hadir bagi menyaksikan majlis Pelancaran Manifesto GPS. 

Turut kelihatan kesemua 31 calon-calon GPS.