Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Khazanah, MARA meterai MoU bina dua hangar pesawat
  • BISNES

Khazanah, MARA meterai MoU bina dua hangar pesawat

Utusan Sarawak 2 years ago
Orang ramai berpeluang melawat dan melihat pameran ketika mengunjungi Selangor Aviation Show (SAS) 2023 di Skypark Regional Aviation Centre (RAC) Bukit Jelutong. Pelbagai aktiviti diadakan di SAS 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 September lalu. FotoBERNAMA

SHAH ALAM: Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikatnya, Impeccable Vintage Properties (IVP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membina dua hangar pesawat seluas 2.8 hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif IVP, M Fuad Sharuji berkata kerjasama itu dijangka merancakkan lagi industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, dekat sini.

“Jumlah keluasan tanah IVP adalah 40 hektar namun, ada kira-kira 1.6 hektar belum diteroka dan bersempadan dengan tanah UniKL (dimiliki sepenuhnya oleh MARA).

“UniKL pula mempunyai lebih kurang 1.2 hektar dan jika digabungkan akan menjadi 2.8 hektar yang boleh dijadikan hangar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoU itu di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong sempena Pameran Udara Selangor (SAS) 2023, semalam.

Pada majlis sama, IVP turut memeterai MoU kerjasama dengan Malaysia Airlines Group (MAG) bagi pengoperasian hangar empat yang berkeluasan 220,000 kaki persegi sebagai pusat MRO di LTSAAS.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada MAG untuk mewujudkan hangar penyelenggaraan di Subang (LTSAAS) selain, dua hangar di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya.

Pemeteraian kedua-dua MoU itu turut dihadiri oleh Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Datuk Hasan Azhari Idris.

SAS 2023 selama tiga hari sehingga hari ini, menempatkan hampir 50 pesawat statik selain 119 pempamer dari enam negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Denmark, Singapura dan Hong Kong yang mengambil bahagian tahun ini.

Pengunjung boleh melayari media sosial SAS 2023 di Facebook, Instagram dan Linkedln (@selangoraviationshow) serta Twitter (@SelAviationShow) bagi mendapatkan maklumat lanjut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Program tingkat infrastruktur, pendapatan jadi penekanan RMK-12 di enam negeri
Next: MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.