Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Khazanah Kasihnya Warisan dinobat Raja Sungai Batang Lupar 2024, raih RM25,000
  • SEMASA

Khazanah Kasihnya Warisan dinobat Raja Sungai Batang Lupar 2024, raih RM25,000

Utusan Sarawak 5 months ago

TAHNIAH... Pasukan Khazanah Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai Batang Lupar 2024 bergambar bersama TYT dan isteri

SIMANGGANG: Pasukan Khazanah Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai Batang Lupar 2024 dengan catatan masa perlumbaan 6 minit 48 saat dalam perlumbaan perahu sempena Pesta Benak Sri Aman 2024.

Pasukan itu muncul juara kategori utama Perahu Bidar 30 Pengayuh Lelaki (Raja Sungai) dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 bersama piala.

Sebuah lagi perahu MRG Gedong II dinobatkan naib juara dan mencatat masa 6 minit 57 saat, membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 beserta piala.

Pasukan Todak Berjaya pula menduduki tempat ketiga untuk membawa pulang RM5,000 bersama piala dengan catatan masa 7 minit 01 saat.

Pada majlis yang sama, penyampaian hadiah disempurnakan oleh 

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyampaikan piala kepada pasukan pemenang.

Kira-kira lebih 5,000 pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Batang Lupar untuk menyaksikan aksi akhir Regata Batang Lupar sempena Pesta Benak Sri Aman 2024.

Oleh NOOR IKMAL

Continue Reading

Previous: Pesta Benak 2024: Bandar Simanggang dibanjiri orang ramai
Next: Pelantar benua: Rakyat diajak tunjuk sokongan pendirian Premier Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.