Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kewujudan CLQ pertama untuk projek KUTS bantu tingkat produktiviti pekerja
  • TEMPATAN

Kewujudan CLQ pertama untuk projek KUTS bantu tingkat produktiviti pekerja

Utusan Sarawak 11 months ago
DATO Sri Lee Kim Shin dan timbalannya Datuk Dr Jerip Susil serta yang lain mengadakan lawatan ke Kuaters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk projek Garisan Merah KUTS, hari ini. FotoHERRIEY NAHA

KUCHING: Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk projek Garisan Merah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) pertama diwujudkan di Sarawak dilihat mampu meningkatkan produktiviti pekerja projek tersebut.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, projek-projek ‘mega’ lain di Sarawak khususnya yang melibatkan pembinaan infrastruktur perlu menerapkan konsep seumpama CLQ tersebut.

Katanya, ia bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti pekerja, malah ia juga akan memastikan kebajikan pekerja kekal terjaga.

“CLQ ini juga akan memudahkan pihak syarikat kontraktor untuk menyelia pekerja – pekerja mereka khususnya pekerja asing.

“CLQ ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gelanggang bola keranjang, tempat makan dan kuaters yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

“Sekiranya pekerja ini mendapatkan tempat yang selesa seumpama ini, kualiti kerja mereka juga akan meningkat. Malam hari mereka dapat tidur lena, pagi apabila mereka bangun, sudah tentu mereka akan melakukan kerja dengan baik selepas mendapat tidur yang berkualiti, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat CLQ Garisan Merah KUTS di sini, hari ini.

CLQ tersebut kini siap dibina selepas hanya tiga bulan pembinaannya bermula, dan ia menyediakan 36 bilik untuk kakitangan pengurusan dan 53 bilik untuk pekerja, menempatkan sehingga 240 orang.

Pembinaan CLQ tersebut adalah hasil kerjasama syarikat kontraktor dari China dan tempatan iaituĀ Sri Datai Construction (Sarawak) Sdn Bhd, JT JV Builders Sdn Bhd dan CHEC Construction (M) Sdn Bhd(China).

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 88 klinik swasta seluruh Sarawak dilantik sebagai panel SCHB mulai 1 Julai ini
Next: Hope Place komited bantu keluarga memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.