Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kevin Lau tinjau keadaan banjir di SMK Kwong Hua
  • Tengah
  • WILAYAH

Kevin Lau tinjau keadaan banjir di SMK Kwong Hua

Utusan Sarawak 5 months ago
LAWATAN… Kaunselor Kevin Lau bersama pasukannya mengadakan lawatan ke SMK Kwong Hua hari ini bagi meninjau keadaan pelajar SPM yang terkena banjir.

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau bersama pasukannya telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua untuk meninjau keadaan banjir yang melanda kawasan tersebut, selain melihat situasi pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lawatan itu turut bertujuan mengenal pasti bantuan lanjut yang diperlukan oleh pelajar dan pihak sekolah.

ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu telah membuat pengaturan khas bagi membawa tujuh pelajar SMK Kwong Hua ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM selepas menerima permintaan daripada pihak sekolah berikutan banjir.

“Disebabkan peperiksaan berlangsung sehingga 5.00 petang dan kantin sekolah tidak beroperasi, kami telah berbincang dengan pengetua untuk membuat persiapan menyediakan makanan kepada pelajar SPM dan guru-guru yang bertugas,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu telah membuat pengaturan khas bagi membawa tujuh pelajar SMK Kwong Hua ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM selepas menerima permintaan daripada pihak sekolah berikutan banjir.

KEADAAN banjir masih belum pulih.

Pelajar-pelajar tersebut, bersama seorang guru, telah menunggu di Restoran Tang, Sungai Bidut, sebelum dibantu oleh Penghulu Wong Ung dan Kapitan Chew Hoo Kiong untuk ke sekolah.

Dalam pada itu, Kevin Lau turut mendoakan kejayaan pelajar yang menduduki peperiksaan penting tersebut dan berharap keadaan banjir akan pulih dalam masa terdekat.

“Saya berharap para pelajar tidak akan terjejas dengan banjir untuk sesi peperiksaan pada Rabu ini. Pada masa sama, saya menggesa semua pihak agar berhati-hati dalam tempoh ini,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Media saluran utama perangi penyebaran informasi tidak sahih
Next: Kontraktor harus disiplin siapkan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.