Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua polis AI maya diperkenalkan di Osaka susulan peningkatan penipuan penyamaran
  • GLOBAL

Ketua polis AI maya diperkenalkan di Osaka susulan peningkatan penipuan penyamaran

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto janaan AI.

OSAKA: Seorang ketua polis maya berasaskan kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan di Wilayah Osaka, barat Jepun, susulan peningkatan kes penipuan penyamaran, dengan polis tempatan berharap “AIko” dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah itu, khususnya dalam kalangan generasi muda, lapor Kyodo News.

AIko, yang namanya menggabungkan “AI” dan “ko”, iaitu akhiran bahasa Jepun yang lazim digunakan pada nama wanita, memiliki suara dan penampilan seorang wanita muda. Menerusi saluran YouTube polis wilayah itu, beliau memberi amaran mengenai penipuan yang semakin berleluasa bukan sahaja dalam kalangan warga emas, malah individu berusia antara 20 hingga 60 tahun.

Menurut polis, mangsa diperdaya sehingga kehilangan wang akibat ditipu oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis, selebriti yang mempromosikan pelaburan atau pasangan romantik.

AIko membuat penampilan sulung menerusi klip video yang disiarkan pada akhir Mei, yang memaparkan contoh sebenar taktik penipuan serta perbualan dalam talian antara penipu dan mangsa.

Menurut data awal yang dikeluarkan polis, individu berusia 64 tahun ke bawah merangkumi hampir separuh daripada mangsa penipuan seumpama itu di wilayah berkenaan tahun lepas.

Profesor pelawat di Pusat Keselamatan Siber Universiti Kagawa, Toshinori Hirano, yang telah lama membantu pihak polis sebelum mencipta AIko, berkata beliau berharap dapat meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah menerusi penggunaan teknologi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Amaran merah gelombang haba di Perancis dilonggarkan
Next: Taufan Mekkhala hampiri pantai Pasifik Kanto, seorang maut dalam tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.