Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan
  • GLOBAL

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Pegawai Eksekutif TikTok, Kevin Mayer.

LOS ANGELES: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Kevin Mayer meletakkan jawatan pada Rabu disebabkan tekanan berterusan oleh Amerika Syarikat  (AS) ke atas aplikasi perkongsian video popular itu.

Dalam surat kepada pekerja, Mayer berkata beliau membuat keputusan itu berikutan perubahan dramatik dalam persekitaran politik, lapor agensi berita Xinhua.

Syarikat rangkaian sosial perkongsian video itu pada Isnin mengemukakan tuntutan saman terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump di atas perintah eksekutif yang melarang sebarang transaksi AS dengan syarikat induknya ByteDance. 

Sejak tahun lalu, pihak berkuasa AS berulang kali menuduh TikTok berpotensi memberi ancaman terhadap keselamatan negara.

Pegawai AS mendakwa syarikat itu, dimiliki ByteDance yang berpangkalan di Beijing, boleh  menyampaikan data yang dikumpulkannya daripada penstriman video oleh penduduk AS ke kerajaan China, satu dakwaan dinafikan TikTok, dengan menyatakan pihaknya tidak pernah diminta berbuat demikian.

“Disebabkan itu, dan seperti yang kami jangka untuk mencapai penyelesaiannya tidak lama lagi, dengan berat hati saya ingin maklumkan kepada semua saya memutuskan untuk meninggalkan syarikat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Mayer, bekas eksekutif Disney, menyertai TikTok pada Mei.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada bukti Covid-19 berasal dari China
Next: Covid-19: India rekod lebih 75,000 kes baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.