Ketua Pegawai Eksekutif Alam Maritim Group Azmi Ahmad direman bantu siasatan SPRM

Facebook
WhatsApp
KETUA Pegawai Eksekutif Alam Maritim Group, Azmi Ahmad, direman bagi bantu siasatan SPRM.

KUALA LUMPUR: Alam Maritim Resources Bhd hari ini mengumumkan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Azmi Ahmad sedang direman bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penyedia perkhidmatan kepada industri minyak dan gas itu memaklumkan reman tersebut bertujuan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan dan bukan disebabkan oleh sebarang salah laku.

“Lembaga pengarah telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan dan akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. – Bernama