KEBANGGAAN … Nadrah ‘Nada’ Saufi disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang
Sibu, kelmarin.
PEMENANG pingat emas Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) 2022 di Birmingham, England, Nadrah ‘Nada’ Saufi tiba di Lapangan Terbang Sibu (LTS) malam kelmarin.
Nadrah yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur selamat mendarat di LTS jam 9.30 malam.
Sejurus keluar dari Balai Ketibaan, Nadrah disambut meriah daripada kakitangan dan rakan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).
Nadrah menjadi pemain wanita Sarawak pertama memenangi pingat emas dalam Dota 2 selepas pasukannya berjaya menewaskan pasukan England pada CEC 2022 di Birmingham, England baru-baru ini.
Juara yang berusia 25 tahun itu (Nadrah) kini sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Pengurusan Teknologi di UTS.
Dalam pada itu, bapa Nadrah, Saufi Sepawi,59, melahirkan perasaan gembira dengan pencapaian anaknya itu, terutamanya untuk negara dan universiti.
“Ini adalah acara bertaraf dunia dan kini dia adalah pemain bertaraf dunia. Saya tahu dia seorang pemain dan dia telah bermain untuk masa yang lama dan untuk memenangi emas, ia bukanlah kejayaan semalaman.
“Permainan ini (Dota 2) bukan tentang hanya bermain, tetapi ia mengenai fikiran anda, mengenai strategi,” jelasnya.
Menurutnya, dia tidak pernah risau tentang Nadrah kerana dia boleh menguruskan masa permainan dan masa belajarnya dengan baik.