Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketegangan memuncak
  • GLOBAL

Ketegangan memuncak

Utusan Sarawak 4 years ago

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menggesa supaya semua pihak bertenang ekoran ketegangan yang semakin memuncak antara penyokong monarki dan pembangkang, semalam.

Negara itu sejak beberapa bulan lalu berdepan tunjuk perasaan besar-besaran oleh pemimpin pelajar yang menggesa pembaharuan demokratik, dengan beberapa lain bertindak lebih berani, termasuk mencabar sistem monarki.

Permintaan oleh gerakan itu mengejutkan keseluruhan institusi Diraja, menyebabkan penyokong setia mereka turut mengadakan bantahan dan terbabit dalam pergaduhan bersama pembangkang.

Prayut, yang peletakan jawatannya menjadi antara agenda utama gerakan berkenaan semalam berkata, kedua belah pihak berhak menyuarakan pendapat masing-masing, selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Konfrontasi bukan cara untuk menyelesaikan masalah.Saya menggesa semua pihak mengelakkan diri daripada bergaduh dan melanggar undang-undang, manakala pihak berkuasa perlu menggunakan segala pendekatan dalam menguatkuasakan peraturan,” katanya selepas mesyuarat Kabinet.

Gesaan dibuat Prayut berlaku dua hari selepas polis menggunakan meriam air sebagai amaran terhadap perusuh yang cuba menyerahkan surat kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Ini adalah kali kedua kaedah seumpama itu digunakan bagi mengawal keadaan.

Prayut, bekas pemerintah tentera yang mula berkuasa sejak 2014 berkata, kerajaan tidak bersikap pilih kasih seperti didakwa.

Bagaimanapun setakat ini, sejumlah besar aktivis dan pemimpin pelajar ditahan dan didakwa kerana terbabit dalam bantahan.

Sebilangan mereka didakwa dengan tuduhan lebih serius seperti hasutan dan keganasan terhadap permaisuri, satu undang-undang yang jarang digunakan serta membawa kepada hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Polis juga dipercayai tidak membuat sebarang penahanan pada bantahan dilakukan penyokong keluarga Diraja.

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Thailand, Jeneral Narongpan Jittkaewtae menolak khabar angin mengenai rampasan kuasa bagi mengakhiri ketegangan politik ekoran tunjuk perasaan antikerajaan.

Ketidaktentuan politik memuncak di Bangkok sejak pertengahan Julai, menuntut perubahan politik, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha meletakkan jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan dan reformasi monarki.

Ketegangan terus meningkat apabila kumpulan penunjuk perasaan mengadakan bantahan sejak beberapa minggu lalu.

Pemerhati politik berpendapat keadaan boleh bertukar menjadi ganas dan rampasan kuasa mungkin tercetus.-AFP

Continue Reading

Previous: Jangan ‘mengeluh’ perangi Covid-19
Next: 10 MAUT ICU TERBAKAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.