Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesinambungan RTP RM5 juta libatkan empat kampung
  • Selatan
  • WILAYAH

Kesinambungan RTP RM5 juta libatkan empat kampung

Utusan Sarawak 1 month ago
SEKITAR lawatan tinjauan tapak semalam melibatkan empat kampung iaitu Kampung Pichin, Kuhum Mawang, Karang/Siluang dan Sejijak Mawang.  Foto UKAS

SERIAN: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu akan menyaksikan kesinambungan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diteruskan dengan peruntukan tahunan sebanyak RM5 juta.

Selaras dengan pelaksanaan projek bagi 2025, satu lawatan tinjauan tapak telah diadakan semalam, melibatkan empat kampung iaitu Kampung Pichin, Kuhum Mawang, Karang/Siluang dan Sejijak Mawang.

Lawatan ini bertujuan bagi meneliti kesesuaian tapak cadangan sebelum kerja dokumentasi dan anggaran kos dilakukan oleh agensi pelaksana, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Serian, sebelum proses tender dimulakan.

Menurut Ketua Rombongan, Patehi Abdul Rahman yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, projek-projek yang dicadangkan dijangka dimulakan seawal penghujung tahun ini, atau selewat-lewatnya pada 2026.

Justeru, aspek paling utama ketika ini adalah memastikan tiada isu pertikaian tanah atau tuntutan pampasan daripada pemilik tanah yang boleh menjejaskan kelancaran projek.

Antara projek yang dirancang termasuk pembinaan longkang konkrit di kawasan Karang/Siluang dan kerja menaik taraf jalan tani di Kampung Pichin/Kuhum Mawang serta Kampung Sejijak Mawang.

Turut hadir Penolong Jurutera JPS, Mas Aida Majidi dan Elsya Pamella Lennon, serta wakil Pejabat Daerah Tebedu, Danny Clifton.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Salvation Army Bintulu hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran
Next: Sumbangan wanita pacu keharmonian masyarakat di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.