Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan sempadan diutamakan sepanjang Aidilfitri di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Keselamatan sempadan diutamakan sepanjang Aidilfitri di Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SUASANA AIDILFITRI… ASP Azhar Mohammad (duduk tiga kiri) bersama anak-anak serta anggota Kompeni C Batalion 12 PGA Limbang pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

LIMBANG: Keselamatan di sempadan negara terus diberi keutmaan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri.

Penugasan di sempadan negara khususnya di Limbang telah dipikul penuh amanah oleh Kompeni C Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang.

Komander Kompeni C Batalion 12 PGA Limbang ASP Azhar Mohammad berkata, keselamatan di sempadan tetap diberi keutamaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

“Kita sentiasa mengingatkan anggota bertugas di perbatasan dan sempadan negara untuk terus menumpukan dan menjaga aspek keselamatan orang ramai, termasuk anggota kita sendiri lebih lebih lagi pada musim perayaan bagi mengelak sebarang aktiviti tidak diingini berlaku.

“Ia meliputi sempadan Malaysia dan Brunei, Sarawak dan Sabah serta Sarawak dan Kalimantan Indonesia,”katanya ketika ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Limbang hari ini.

Turut sama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PGA Limbang Zama’ah Abdul Wahab.
Kata Azhar lagi pelbagai aktiviti kepolisan diadakan sempena Hari Polis Ke-218 baru-baru ini ini termasuk perhimpunan, kawad, program derma darah dan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi meraikan anggota-anggotanya yang tidak pulang ke kampung untuk berhari raya.

“Majlis ini platform terbaik kepada Komander Kompeni C Batalion 12 PGA Limbang untuk berhimpun dan merapatkan hubungan selain memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Sementara itu Zama’ah berkata PERKEP PGA Limbang turut merangka pelbagai program termasuk pengagihan bubur lambuk pada Ramadan lepas dan Program Ramah Tamah Aidilfitri bersama golongan asnaf yang akan diadakan penghujung Syawal ini.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan kedua Limbang perlu disiapkan segera – PML
Next: Pengorbanan anggota bomba wajar dihargai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.