Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesedaran pendermaan organ perlu diperkasa
  • KESIHATAN

Kesedaran pendermaan organ perlu diperkasa

Utusan Sarawak 5 hours ago
CHIENG….Menunjukkan beliau telah berikrar sebagai penderma organ ketika menghadiri program sempena sambutan Hari Penderma Sedunia beberapa tahun lalu. Turut kelihatan ialah Dr Rachel.

SIBU: Kesedaran mengenai pendermaan organ perlu terus diperkukuh dalam kalangan masyarakat, khususnya melalui pendidikan dan kefahaman ahli keluarga mengenai kepentingan amalan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, pendermaan organ merupakan satu amalan mulia yang mampu memberi peluang kedua kepada pesakit yang memerlukan rawatan pemindahan organ untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, beliau sendiri telah mendaftar sebagai penderma organ ketika menghadiri program sempena Hari Penderma Sedunia beberapa tahun lalu kerana percaya bahawa pendermaan organ mampu memberi manfaat besar kepada masyarakat.

“Ini bukan sahaja satu sumbangan kemanusiaan, malah memberi harapan baharu kepada pesakit yang sedang menunggu organ untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu di salah sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

Katanya, masih ramai anggota masyarakat dan ahli keluarga yang kurang memahami konsep pendermaan organ, sekali gus menyebabkan kadar pendaftaran penderma organ masih rendah.

“Tanpa kesedaran yang mencukupi, ramai pesakit yang memerlukan organ mungkin kehilangan peluang untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Chieng menggalakkan mereka yang berhasrat menjadi penderma organ supaya memaklumkan keputusan tersebut kepada pasangan dan ahli keluarga lebih awal.

Beliau turut menyambut baik peningkatan kesedaran masyarakat mengenai pendermaan organ dan berharap lebih ramai rakyat tampil mendaftar sebagai penderma pada masa hadapan.

Turut hadir ialah Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee, Pengerusi Penganjur Hari Penderma Darah Sedunia 2026 yang juga Naib Pengerusi PBSMM Cawangan Sibu, Dr Rachel Teng Li Cin serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap rasmikan Inisiatif Kesihatan Mental Sekolah Kota Sentosa
Next: Kes denggi seluruh negara meningkat 27 peratus – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.