Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesedaran kesihatan remaja diperkasa menerusi Program Jangkauan Komuniti Perkhidmatan Mesra Remaja
  • KESIHATAN

Kesedaran kesihatan remaja diperkasa menerusi Program Jangkauan Komuniti Perkhidmatan Mesra Remaja

Utusan Sarawak 4 hours ago
KESEDARAN KESIHATAN…Para peserta merakamkan gambar kenangan pada Program Jangkauan Komuniti Perkhidmatan Mesra Remaja anjuran Klinik Kesihatan Bandaraya Miri.

MIRI: Program Jangkauan Komuniti Perkhidmatan Mesra remaja anjuran Klinik Kesihatan Bandaraya Miri dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh kesedaran kesihatan dalam kalangan remaja, khususnya berkaitan tingkah laku berisiko serta isu kesihatan seksual dan reproduktif.

Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Miri baru-baru ini melibatkan seramai 150 pelajar Tingkatan Satu dan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. P. Raviwharmman a/l Packierisamy.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendedahan awal kepada golongan remaja mengenai isu kesihatan seksual dan reproduktif, termasuk risiko kehamilan remaja serta implikasinya terhadap kesihatan, pendidikan dan masa depan.

“Remaja perlu dibekalkan dengan ilmu dan kesedaran yangtepat agar mampu membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab dalam kehidupan mereka,” katanya.

Beliau turut menggariskan mesej utama program iaitu “Kenali Diri, Jaga Sempadan, Bina Masa Depan” sebagai panduan kepada pelajar dalam mengurus cabaran kehidupan remaja.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan meliputi topik tingkah laku berbahaya, kesihatan seksual dan reproduktif, isu pengantunan seksual serta pembentukan pemikiran sihat.

Selain itu, saringan menggunakan instrumen Bimbingan Saringan Sosial Kanak-kanak dan Remaja (BSSK) turut dilaksanakan bagi mengenal pasti pelajar berisiko yang memerlukan intervensi awal.

Turut hadir Pengetua SMK Baru Miri, Wong Kung Kui serta Ketua Pakar Perubatan Keluarga Bahagian Miri, Dr Maurice Steve Utap.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Doktor Malaysia terajui penemuan ubat kanser pankreas baharu di Chicago
Next: Kempen derma darah di Bintulu 22 April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.