
BINTULU: Warga setempat dipelawa menyertai kempen derma darah yang akan diadakan di Dewan Kenyalang, Aras 5, Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bintulu pada 22 April ini bagi membantu menambah bekalan darah di hospital.
Menurut satu kenyataan, kempen tersebut terbuka kepada semua individu yang sihat bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan kecemasan serta rawatan
Program itu dijadual berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan terbuka kepada orang awam.
“Setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa. Ayuh bersama-sama kita membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Antara syarat asas penderma adalah berumur antara 18 hingga 60 tahun, mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram serta berada dalam keadaan sihat.
Penderma juga digalakkan mendapatkan rehat mencukupi serta mengambil makanan sebelum hadir bagi memastikan proses pendermaan berjalan lancar.
Selain itu, proses pendermaan darah adalah cepat dan selamat, sekali gus memudahkan orang ramai untuk turut serta tanpa menjejaskan aktiviti harian.
Oleh Carolyne Utih