Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes Zayn Rayyan: Polis ambil 228 DNA penduduk Apartment Idaman
  • JENAYAH

Kes Zayn Rayyan: Polis ambil 228 DNA penduduk Apartment Idaman

Utusan Sarawak 1 year ago
ANGGOTA Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin, 6, yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan, semalam. FotoBERNAMA

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengambil DNA penduduk di apartmen berkenaan bermula kelmarin dan diteruskan sehingga semalam.

“Setakat pagi tadi (semalam) sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen berkenaan.

“Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan 188 anggota lain-lain pangkat dan 90 pegawai daripada pelbagai unit PDRM.

Sementara itu, semasa tinjauan Bernama di apartmen itu semalam, kelihatan polis menggunakan dua anjing Unit Pengesan (K9) iaitu Ricks dan Gucci dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk memeriksa sebuah stor dan rumah-rumah berdekatan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman.

Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, ketika ditemui di kediaman ibu bapa Zayn Rayyan semalam menolak kematian cucu sulungnya itu disebabkan dendam. 

Menurut Zahari, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baharu sahaja menetap di Apartment Idaman sekitar tiga tahun lepas.

“Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah sahaja yang kenal dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah pasangan warga emas mangsa bunuh dikebumi dalam satu liang lahad
Next: Polis ambil sampel di rumah keluarga Zayn Rayyan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.