Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes ugut bunuh Baby Syima: Suspek direman 3 hari
  • JENAYAH

Kes ugut bunuh Baby Syima: Suspek direman 3 hari

Utusan Sarawak 4 months ago

Penyanyi Baby Shima (gambar fail)

SIBU: Polis menahan seorang pemandu lori kerana disyaki memberi komen berbaur ugutan bunuh terhadap penyanyi Baby Shima di Facebook (FB).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia 35 tahun itu, ditahan polis sekitar jam 9.15 malam di Kota Sentosa, Kuching. 

“Turut dirampas adalah telefon pintar milik suspek. Suspek akan direman pada 1 Januari 2025 di Mahkamah Sibu untuk siasatan lanjut. Suspek direman sampai 3 Januari ini,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, sekitar jam 11.31 malam 30 Disember 2024, pihak polis telah menerima satu laporan daripada mangsa seorang artis perempuan, bahawa beliau telah terbaca komen yang dibuat oleh suspek tidak dikenali di platform media sosial dengan kenyataan berbau ugutan dan mengancam keselamatannya. 

“Mangsa berada di Sibu ketika ini atas urusan kerja. Siasatan telah dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Jangan sebar video palsu yang faktnya tidak sahih – polis
Next: Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.