Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes tembak: Polis mohon kerjasama orang ramai beri maklumat
  • JENAYAH

Kes tembak: Polis mohon kerjasama orang ramai beri maklumat

Utusan Sarawak 7 months ago

"Motif kejadian masih dalam siasatan," - Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tembak yang mencederakan seorang lelaki di tepi jalan, petang semalam untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mereka yang mempunyai maklumat itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Fazirul Mohd Fisol di talian 013-8237737 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki mengalami kecederaan di tepi jalan lorong Wong King Hou 21 pada kira-kira jam 2.20 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian, telah berlaku satu kejadian melepaskan tembakan melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 46 tahun. 

“Mangsa mengalami cedera tembakan di bahu kanan. Hanya satu das tembakan dilepaskan oleh suspek yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata usaha mengesan supsek yang terlibat sedang giat dilakukan.

“Keadaan mangsa kini stabil dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan bunuh. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: KPDN rampas gula bernilai RM71,530 di Lubok Antu, dua wanita asing ditahan
Next: Polis cari Nurul Jannah, bantu siasatan kes aniaya kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.