Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes tembak: Keadaan keselamatan di Sibu terjamin – polis
  • JENAYAH

Kes tembak: Keadaan keselamatan di Sibu terjamin – polis

Utusan Sarawak 7 months ago

Zulkipli (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis.

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, memberi jaminan bahawa situasi keselamatan di bandar ini masih dalam keadaan terkawal. 

Jaminan itu diberikannya bagi menangkis tanggapan netizen di media sosial bahawa Sibu tidak selamat berikutan kes insiden tembakan yang berlaku di Lorong Wong King Huo 21, Jumaat lalu.

“Polis akan mengambil tindakan kolektif dalam siasatan kes ini. Tiada masalah. Tiada isu (keselamatan),” katanya kepada pemberita selepas perbarisan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di Jalan Tun Abang Haji Openg, hari ini.

Menurutnya, mangsa berusia 46 tahun yang mengalami kecederaan tembakan di bahu kanan masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta. 

“Mangsa mempunyai lima rekod jenayah sebelum ini dan hanya satu tembakan dilepaskan oleh suspek.

“Senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian itu dipercayai adalah senapang patah,” katanya. 

Zulkipli berkata, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam insiden berasingan, polis turut menyiasat kejadian rompakan yang melibatkan wang tunai melebihi RM300,000 yang dicuri dari sebuah kereta di Jalan Kampung Nyabor, Sibu, pada Jumaat lalu. 

Zulkipli menjelaskan bahawa pihak polis sedang meneliti rakaman CCTV dan dashcam bagi mengenal pasti suspek dalam kes itu.

“Seorang pekerja syarikat berusia 27 tahun dilaporkan kehilangan RM301,231 selepas suspek memecahkan cermin kereta dan mencuri beg berisi wang tersebut.

“Siasatan awal mendapati perompak telah mengekori mangsa setelah dia mengeluarkan wang dari bank, sebelum memecahkan tingkap kereta dan melarikan beg tersebut bersama rakan subahatnya dengan motosikal,” jelasnya. 

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Ahli farmasi Malaysia dibunuh di kediamannya di Melbourne
Next: Saman fitnah bekas menantu: Chef Wan tarik balik permohonan bagi kebenaran merayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.