Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes malaria di Afrika Selatan meningkat akibat hujan lebat dan banjir
  • GLOBAL

Kes malaria di Afrika Selatan meningkat akibat hujan lebat dan banjir

Utusan Sarawak 14 hours ago
KES malaria meningkat di beberapa bahagian selatan Afrika selepas hujan luar biasa lebat dan banjir. Foto: AI

CAPE TOWN: Selatan mencatat peningkatan membimbangkan kes malaria susulan hujan lebat dan banjir, termasuk di wilayah yang bukan kawasan endemik, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini.

Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit Afrika Selatan (NICD) menyatakan bahawa kes malaria meningkat di beberapa bahagian selatan Afrika selepas hujan luar biasa lebat dan banjir baru-baru ini, mewujudkan keadaan lebih sesuai untuk pembiakan nyamuk dan penularan malaria.

Agensi itu menjelaskan, peningkatan bermusim ini turut menyebabkan pertambahan kes malaria di Afrika Selatan, termasuk di wilayah yang biasanya tidak mempunyai penularan penyakit.

Peningkatan ketara dilihat di Gauteng, dengan 414 kes malaria disahkan dan 11 kematian direkodkan dalam tiga bulan pertama 2026, berbanding 230 kes dan satu kematian dalam tempoh sama pada 2025, menurut jabatan kesihatan wilayah.

Pihak berkuasa bagaimanapun memaklumkan, kebanyakan jangkitan di Gauteng adalah kes import, iaitu pesakit dijangkiti di wilayah endemik seperti Limpopo, Mpumalanga dan KwaZulu-Natal, atau semasa melancong ke luar negara.

NICD menjelaskan yang penularan malaria di Afrika Selatan kebanyakannya terhad kepada kawasan altitud rendah di wilayah endemik, yang menyokong pembiakan nyamuk pembawa penyakit.

Di Mpumalanga, lebih 300 kes dilaporkan pada Januari sahaja, manakala negara jiran yang juga kawasan endemik turut mencatat peningkatan jangkitan.

NICD menggesa pengembara mengambil langkah pencegahan termasuk pengambilan ubat pencegahan ketika melawat kawasan berisiko tinggi.

Individu yang mengalami simptom seperti selesema selepas melawat kawasan endemik dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera dan menjalani ujian, sambil menegaskan bahawa diagnosis awal dan rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Singapura, Malaysia, Indonesia selaras secara strategik kekalkan Selat Melaka terbuka
Next: Khidmat bersepadu santuni jemaah di Masjid Nabawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.