Khidmat bersepadu santuni jemaah di Masjid Nabawi

Facebook
WhatsApp
PERSIAPAN rapi sambut jemaah haji, Masjid Nabawi sedia beri perkhidmatan terbaik.

MADINAH: Madinah kini menyambut ketibaan kumpulan jemaah haji dari seluruh dunia sebagai persinggahan pertama dalam perjalanan kerohanian mereka, untuk bersolat di Masjid Nabawi sebelum meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram di Makkah bagi memulakan ibadah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjid Nabawi sedang membuat persiapan untuk menerima jemaah pada kapasiti penuh dengan meningkatkan perkhidmatan organisasi dan bimbingan, memastikan laluan yang mudah diakses, serta mengaktifkan skrin panduan elektronik pelbagai bahasa.

Ia turut menyediakan program keagamaan, perkhidmatan kesedaran, terjemahan khutbah, pusat penjagaan kanak-kanak, serta lawatan terancang ke Al-Rawdah Al-Sharifah untuk lelaki dan wanita. – Bernama-SPA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos