Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes harian meningkat tiga angka di Seoul
  • GLOBAL

Kes harian meningkat tiga angka di Seoul

Utusan Sarawak 5 years ago

A health official wearing protective gear sprays disinfectant at a market near the Sarang Jeil Church, a new coronavirus infection cluster, in Seoul on August 18, 2020. - South Korea on August 18 ordered nightclubs, museums and buffet restaurants closed and banned large-scale gatherings in and around the capital as a burst of new coronavirus cases sparked fears of a major second wave. (Photo by Jung Yeon-je / AFP)

NYAHCEMAR… Seorang pegawai kesihatan yang memakai alat perlindungan diri semasa disinfektan di pasar berhampiran Gereja Sarang Jeil, kelompok jangkitan koronavirus baharu, di Seoul. • Foto AFP

SEOUL: Kes harian Covid-19 di Korea Selatan meningkat kepada tiga angka sejak seminggu berturut-turut menyaksikan jangkitan dalam kalangan kluster gereja, di bandar raya Seoul semakin merebak.

Negeri itu mencatatkan pertambahan 297 lagi kes, termasuk 283 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes menjadi 16,058, lapor agensi berita Yonhap memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Sejak seminggu lalu, setiap hari kes berada pada angka tiga angka dengan lebih 1,200 kes baharu dikenal pasti.

Jumlah jangkitan pada Rabu adalah yang tertinggi sejak 8 Mac iaitu 367 kes.

Justeru itu, garis panduan penjarakan sosial diperketatkan pada tengah malam untuk memutuskan rantaian penularan virus.

Pihak berkuasa kesihatan berkata situasi semasa adalah membimbangkan kerana kebanyakan kes membabitkan jangkitan tempatan dan tertumpu di bandar raya itu dan kawasan berdekatan, yang dihuni separuh daripada 50 juta penduduk Korea Selatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Menteri Kewangan Kanada letak jawatan
Next: Dua maut, 170 cedera dalam gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.