Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes hantavirus disahkan di Romania
  • GLOBAL

Kes hantavirus disahkan di Romania

Utusan Sarawak 3 hours ago
ROMANIA sahkan satu kes hantavirus, pesakit stabil dan dirawat di hospital.

BUCHAREST: Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Romania (INSP) mengesahkan satu kes jangkitan hantavirus pada Isnin, lapor Xinhua.

INSP menjelaskan bahawa jangkitan itu melibatkan strain hantavirus yang lazim ditemui di Romania dan Eropah serta tidak berkaitan dengan penularan virus Andes baru-baru ini, iaitu strain hantavirus yang dikenal pasti di atas kapal persiaran MV Hondius.

Direktorat Kesihatan Awam Daerah Arad melaporkan bahawa ujian serologi menunjukkan jangkitan itu bersifat kronik dan berkemungkinan dijangkiti semasa pesakit menjalani rawatan di sebuah fasiliti psikiatri sebelum ini.

Menurut pihak berkuasa itu, pesakit berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital di bawah pengawasan perubatan berterusan. Perlindungan terbaik terhadap jangkitan adalah penggunaan pelitup muka dan sarung tangan ketika membersihkan ruang tertutup yang telah lama tidak digunakan serta berkemungkinan menjadi habitat tikus. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Sewa apartmen di Manhattan cecah rekod tertinggi melebihi AS$5,000 sebulan
Next: Gunung Ibu meletus di Maluku Utara, tiang abu setinggi 800 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.