Kerugian hampir RM3 bilion cetus desakan perkukuh RUU Jenayah Siber

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
AHMAD Zahid berkata Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 penting untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat dan terjamin. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan kerangka perundangan lebih kukuh bagi menghadapi ancaman jenayah siber yang semakin kompleks, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jenayah siber kini tidak lagi terhad kepada pencerobohan sistem komputer, tetapi melibatkan penipuan dalam talian, kecurian identiti, serangan ransomware serta penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).

Ahmad Zahid berkata pada 2025 sahaja, sebanyak 66,204 kes penipuan dalam talian direkodkan dengan kerugian hampir RM3 bilion.

“Di sebalik angka itu ialah rakyat yang kehilangan wang simpanan, peniaga yang menanggung kerugian dan keluarga yang menjadi mangsa jenayah digital yang semakin sukar dibendung,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau memaklumkan mengenai perkara itu ketika sesi taklimat bersama Ahli-Ahli Kelab Penyokong Kerajaan MADANI mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau turut berharap rang undang-undang itu dapat dinilai berdasarkan fakta, keperluan semasa dan kepentingan jangka panjang negara agar Malaysia terus memiliki ruang siber yang lebih selamat dan mampu melindungi kepentingan rakyat serta negara. – Bernama

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare