Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kertas siasatan Zayn Rayyan: MCMC diminta bekerjasama dengan PDRM – Fahmi
  • NASIONAL

Kertas siasatan Zayn Rayyan: MCMC diminta bekerjasama dengan PDRM – Fahmi

Utusan Sarawak 11 months ago
MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah), bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Komuniti MADANI Parlimen Pulai di Papa Jenggo Bistro, hari ini. FotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan tangkap layar didakwa sebagai kertas siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin pada 6 Disember lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tindakan itu perlu bagi mengekang sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat dan pihak yang melakukan perbuatan tersebut boleh diambil tindakan.

“Saya akan minta pihak MCMC berhubung dengan PDRM sekiranya ada tindakan yang perlu diambil…kita tidak tahu sama ada maklumat itu betul atau tidak..sekiranya benar, perlu ada pihak memberikan penjelasan dan jika tidak benar mereka tersebut perlu diambil tindakan,” katanya mengulas tindakan sebuah portal di Telegram memaparkan tangkap layar itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Sembang Santai bersama Komuniti Madani Parlimen Pulai di sini, hari ini.

Menurut Fahmi setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada MCMC berkaitan isu itu memandangkan perkara berkenaan baru berlaku.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar tidak mendahului mahkamah dalam menghakimi kes tersebut sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menjalankan tanggungjawab mereka, selain tidak membuat spekulasi.

Semalam, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, iaitu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya Disember tahun lepas.

Mahkamah kemudiannya memutuskan masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anugerah Podcast Terbaik diperkenalkan pada ASA 2024
Next: Peraturan baharu MM2H diluluskan, diumumkan dalam masa terdekat – Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.