Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama mudahkan saluran bantuan kepada semua terjejas
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerjasama mudahkan saluran bantuan kepada semua terjejas

Utusan Sarawak 3 months ago

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa bencana alam yang telah melanda negeri ini masa kini.

Beliau berkata ia melibatkan mangsa banjir, tanah runtuh dan kebakaran.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan bantuan sesuai sampai kepada semua yang terjejas dengan segera.

“Kita amat bersyukur dapat menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana harmoni, tetapi pada masa sama kita tidak boleh melupakan saudara-saudara kita di beberapa bahagian negeri ini yang sedang diuji dengan bencana.

“Saya berharap mereka tabah dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus sabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di beberapa rumah penduduk di sekitar bandar Simanggang, semalam.

Harden mengingatkan semua pihak, terutama di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca yang tidak menentu.

“Bencana ini mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan semangat bantu membantu.

“Saya yakin kerajaan Sarawak akan terus menyalurkan bantuan sewajarnya, tetapi rakyat juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan komuniti mereka,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga turun padang tinjau lokasi terjejas banjir
Next: UPMKB tampil bantu 15 pelajar luar kampus terjejas akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.